JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM KESEJAHTERAAN PENJAWAT AWAM: PERLINDUNGAN KESIHATAN & PENGURUSAN KEWANGAN
Tarikh: 14 & 15 Oktober 2026 (Khamis & Jumaat)
Masa: 8.30 pagi - 3 petang
Tempat: Auditorium, PeTARY, UNIMAS
Pakaian: Pakaian Pejabat / Kasual Kemas / Batik
Tentatif program : - sila rujuk lampiran -
Pengisian utama program ini merangkumi:
- Taklimat Perlindungan Kesihatan daripada pihak MAKSAK Malaysia (MAKSAK Medic Care beserta simpanan & MAKSAK Ikhtiari
- Taklimat Pegurusan Kewangan : Kewangan yang Efektif oleh En Raymond Chin dari Raymond & Associates
- Saringan Kesihatan Percuma tajaan Borneo Medical Centre
- Saringan kesihatan inBody Test (RM20 per test) daripada pihak Borneo Medical Centre
- Cabutan bertuah dan baucar sehingga RM150 kepada para peserta yang bertuah dan mendaftar pada hari program.
Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi urus setia program, Nur Shafrina Ain bt Sabin di talian 016-3120445.
Kehadiran dan sokongan daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan puji dan terima kasih.