- Tabung Kebajikan Staf
- Tabung UNIMAS Care
- Skim Prihatin UNIMAS (SPU)
- Insurans Keluar Negara Urusan Peribadi
TABUNG UNIMAS CARE
Pelaksanaan Tabung ini akan membantu mengurangkan kadar kebergantungan kos rawatan staf menggunakan dana Universiti dan membantu staf yang memerlukan rawatan perubatan mendapat faedah rawatan yang lebih baik. Tabung ini juga digunakan untuk menampung kos rawatan perubatan yang melebihi kelayakan dibawah Skim Perubatan Pegawai Universiti.
Perincian syarat-syarat permohonan boleh dirujuk seperti dibawah:
Perincian syarat-syarat permohonan boleh dirujuk seperti dibawah:
KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURANS PERJALANAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KE LUAR NEGARA ATAS URUSAN PERSENDIRIAN
Selaras dengan hasrat mengutamakan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah melaksanakan kemudahan perlindungan insurans perjalanan bagi pegawai Perkhidmatan Awam untuk ke luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian dengan premium insurans ditanggung oleh Kerajaan. Kemudahan ini diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2015.
Insurans perjalanan luar negara untuk urusan peribadi ialah pelan perlindungan kewangan jangka pendek yang melindungi anda daripada risiko perubatan, kecederaan, atau gangguan perjalanan semasa bercuti, menziarahi keluarga, atau melawat luar negara atas sebab persendirian.
Bagi penjawat awam di Malaysia, anda layak menuntut bayaran balik (reimbursement) premium insurans ini sekali setahun tertakluk di bawah Ceraian SR.2.4.1 Jabatan Perkhidmatan Awam (MyPPSM). Bagi orang awam, ia merupakan pelan komersial yang dibeli sendiri demi keselamatan kewangan di luar negara.

KHIDMAT NASIHAT
Ketua
Bahagian Pengurusan Organisasi
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
Sarawak
Tel: 082- 58 1115/2794/1114
Faks: 082-581116
emel: bpo@unimas.my






