PENGURUSAN REKOD, DOKUMEN RASMI DAN ARKIB UNIVERSITI

BAHAGIAN PENGURUSAN ORGANISASI

TADBIR URUS UNIVERSITI


“Tadbir urus yang baik atau good governance adalah penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang dapat dicapai. Salah satu elemen penting yang perlu ditekankan dalam tadbir urus yang terbaik adalah Pengurusan rekod. Pengurusan rekod merupakan teras kepada tadbir urus dalam sesebuah pejabat awam dan merupakan asas kepada kebolehpercayaan rakyat kepada perkhidmatan awam.”

Rekod Penting adalah rekod yang mengandungi maklumat penting yang diperlukan untuk Pejabat Awam meneruskan aktiviti fungsi dan perkhidmatan mereka semasa dan selepas berlakunya kecemasan / bencana. Kumpulan rekod penting ini mengandungi maklumat berkaitan perundangan, kewangan terkini, kepentingan hak kerajaan dan individu, personel, peralatan, sistem, aset, harta dan bangunan.

Rekod perlu dipelihara demi menjamin kesinambungan operasi sesebuah Pejabat Awam kerana ia merupakan bukti transaksi dan nadi jentera pentadbiran kerajaan. Rekod boleh musnah akibat bencana seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran, serangan makhluk perosak, faktor kimiawi, vandalisme dan sebagainya. Pejabat Awam perlu melaksanakan pengurusan rekod penting bagi melindungi rekod daripada kemusnahan oleh faktor- faktor tersebut.

KHIDMAT NASIHAT

Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diajukan kepada:

Ketua
Bahagian Pengurusan Organisasi
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
Sarawak

atau 

☎️
HUBUNGI KAMI

 

Download UNIMAS Now App

Image
Image